Wednesday, June 29, 2011

Esei Moral SPM

BAHAGIAN B [ 20 MARKAH ]

9
Menurut Jabatan Pendaftaran negara, kadar penceraian di Malaysia meningkat pada setiap tahun. Huraikan dua nilai yang perlu diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri untuk mengelakkan penceraian.[10 markah]

Setiap pasangan suami isteri haruslah mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga.Mereka haruslah mempunyai perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam untuk mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,mereka sepatutnya menghargai percintaan mereka kerana pengekalan hubungan perkahwinan yang bahagia bukannya mudah.Mereka juga patut mempunyai perasaan cinta ,kasih dan sayang yang berkekalan untuk mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,mereka haruslah saling membantu sekiranya pasangan mereka menghadapi sebarang konflik atau tekanan hidup.Selain itu,pasangan hidup haruslah mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga.Mereka sepatutnya memuliakan setiap anggota keluarga untuk mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,si isteri sepatutnya menghormati si suami sebagai ketua keluarga manakala si suami sepatutnya memikirkan pendapat serta pandangan si isteri sebelum membuat sebarang keputusan.Pasangan hidup sepatutnya berinteraksi dan member layanan bersopan untuk mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,mereka haruslah berkomunikasi secara bersopan-santun dan lemah-lembut untuk mengelakkan kebencian mana-mana pihak.Seterusnya,setiap pasangan hidup sepatutnya mengamalkan nilai rasional.Mereka sepatutnya bolehberfikir kesan berlakunya penceraian.Sebagai contoh,anak-anak mereka akan membesar tanpa kasih sayang ibu atabapa.Pasangan hidup sepatutnya bertindak wajar dengan mengelakkan penceraian.Sebagai contoh,mereka sepatutnya menghadiri kursus perkahwinan dan berumah tangga untuk menyediakan mereka untuk memikul tanggungjawab rumah tangga.
Teo Yi Wen (5 Sn)





10.
”Buruh kanak-kanak meningkat di seluruh dunia”

Huraikan nilai-nilai yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha membanteras gejala tersebut. [10 markah]

J1. Kerajaan mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak.Pihak kerajaan sepatutnya membela dan memberi naungan kepada kanak-kanak dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak.Sebagai contoh, pihak kerajaan memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin daripada melakukan kerja-kerja buruh kerana mungkin akan mengakibatkan kematian kanak-kanak kerana keletihan.Pihak kerajaan haruslah memelihara hak kanak-kanak dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak.Sebagai contoh, pihak kerajaan haruslah memastikan kanak-kanak memperolehi peluang untuk bersekolah dan menimba ilmu bukannya menanggung sumber pendapatan keluarga melalui aktiviti buruh.Kerajaan haruslah mengamalkan nilai bertanggungjawab.Kerajaan Sebagai contoh, kerajaan haruslah memastikan pihak yang melanggar peraturan dan akta perlindungan kanak-kanak akan dikenakan hukuman denda dan penjara.Selain itu,pihak kerajaan haruslah mengamalkan nilai rasional.Pihak kerajaan sepatutnya boleh berfikir kesan pengambilan buruh kanak-kanak.Sebagai contoh,buruh kanak-kanak yang kekurangan ilmu pengetahuan tidak dapat menyumbangkan bakti kepada negara dengan itu tidak dapatlah misi negara kita direalisasikan.Pihak kerajaan haruslah bertindak wajar dengan mengurangkanbilangan kanak-kanak buruh.Sebagai contoh,pihak kerajaan bolehlah memaparkan rencana mengenai tindakan yang akan dikenakan sekiranya seseorang itu terlibat dalam pengambilan buruh kanak-kanak.haruslah memikul tugas dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak.Sebagai contoh,kerajaan haruslah merangka akta yang melindungi kanak-kanak daripada terlibat dalam aktiviti buruh.Kerajaan juga harus melaksanakan kewajipan dengan mengurangkan bilangan buruh kanak-kanak. Teo Yi Wen (5 Sn)


J2. Kerajaan mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak .Pihak kerajaan membela hak kanak-kanak dengan berusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan menggubal undang-undang bahawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan bekerja .Pihak kerajaan memelihara hak kanak-kanak dengan berusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak yang melibatkan kanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan mengenakan hukuman terhadap peniaga yang mengeksploitasikan kanak-kanak sebagai buruh .Selain itu ,Pihak kerajaan mengamalkan nilai bertanggungjawab .Pihak kerajaan melakukan sesuatu tugas serta kewajipan dengan sempurna dengan berusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan selalu melakukan operasi terhadap peniaga-peniaga di negara kita untuk memastikan meraka tidak menjadikan kanak-kanak sebagai buruh .Pihak kerajaan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna dengan berusaha membanteras gejala buruh kanak-kanak .Sebagai contoh ,pihak kerajaan memberikan bantuan kewangan kepada keluarga yang miskin untuk menghalang mereka menjadikan anak-anak mereka sebagai buruh untuk mendapatkan sumber kewangan . Keu Pei San (5SN)












11. Berikut ialah kempen yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Pengundi?
DAFTARLAH SEKARANG !!!
PILIHAN RAYA BOLEH BERLAKU BILA-BILA MASA


Huraikan nilai-nilai yang sepatutnya menjadi amalan setiap warganegara Malaysia.
[ 10 markah ]


Setiap warganegara Malaysia sepatutnya mengamalkan nilai penglibatan diri dalam pembangunan negara. Mereka sepatutnya melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan nagara dengan berdaftar sebagai pengundi. Contohnya, mereka sepatutnya mengundi untuk memilih bakal pemimpin. Mereka sepatutnya mematuhi Perlembagaan Malaysia dengan berdaftar sebagai pengundi. Sebagai contoh, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan setiap warganegara Malaysia sepatutnya mengundi dalam pilihan raya. Selain itu, setiap warganegara Malaysia sepatutnya mengamalkan nilai cinta akan negara. Mereka sepatutnya mempunyai perasaan sayang dan bangga kepada negara dengan berdaftar sebagai pengundi. Contohnya, mereka sepatutnya berasa megah kerana Malaysia menggunakan cara demokrasiiaitu pilihan raya untuk memilih pemimpin. Mereka sepatutnya meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dengan berdaftar sebagai pengundi. Sebagai contoh, mereka sepatutnya mengutamakan dan mengambil berat tentang politik negara. Di samping itu, setiap warganegara Malaysia sepatutnya mengamalkan nilai bertanggungjawab. Mereka sepatutnya memikul kewajipan dengan berdaftar sebagai pengundi. Contohnya, mereka sepatutnya melibatkan diri dalam pilihan raya. Mereka juga sepatutnya melaksanakan tugas sebagai seorang warganegara Malaysia dengan berdaftar sebagai pengundi. Sebagai contoh, mereka sepatutnya menjalankan amalan mereka, iaitu mengundi.
Chang Wan Ling(5SN)

Monday, March 21, 2011

Tugasan Moral

1. Mengenang Jasa Ibu Bapa

Pada globalisasi yang maju ini,remaja menghadapi pelbagai masalah terutamanya ialah pada masa kini banyak anak yang tidak tahu mengenang budi jasa ibu bapa yang telah membesarkan mereka. Mereka sanggup menengking ibu bapa yang sudah tua dan uzur,malah ada juga sanggup mendera atau menghalau ibu bapa mereka. Oleh itu,kita perlu bekerjasama untuk membatasi masalah ini berlaku. Bagaimanakah masalah ini dapat diatasinya?

Anak-anak perlu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan. Mereka perlu mempunyai keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam. Mereka seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan dengan menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur dengan baik. Selain itu,mereka juga perlu mematuhi segala suruhanNya. Contohnya,mereka perlu membalas budi jasa ibu bapa yang membesarkan mereka.

Selain itu,anak-anak pada masa kini perlu ada nilai kasih sayang terhadap keluarga. Mereka perlu mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap anggota keluarga mereka. Contohnya mereka perlu bersikap prihatin terhadap ibu bapa yang membesarkan mereka. Seterusnya,mereka juga perlu mempunyai perasaan cinta yang berkekalan terhadap keluarga . Contohnya, mereka seharusnya menjaga ibu bapa mereka yang tua dan uzur dengan cara menjemput mereka tinggal bersama.

Di samping itu,anak-anak perlu hormat dan taat kepada anggota keluarga. Mereka harus memuliakan setiap anggota keluarga. Contohnya,mereka seharusnya mengambil kira perasaan ibu bapa yang berasa sedih,kecewa dan hampa. Mereka juga harusnya memberikan layanan yang bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Mereka seharusnya menghormati ibu bapa mereka dan tidak menengking ibu bapa yang sudah tua kerana akan menyebabkan mereka berasa kita tidak sayangi terhadap mereka lagi.

Secara kesimpulannya,setiap individu perlu mempunyai nilai bertanggungjawab .Mereka harus ada kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna. Jika masyarakat kita semua mempunyai nilai di atas,masalah remaja tidak mengenang jasa ibu bapa turut akan diatasi dengan mudah dan cepat dan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan bertanggungjawab.



2. Kepentingan Aktiviti Perkhemahan

Banyak aktiviti perkhemahan diadakan di sekolah oleh persatuan dan unit beruniform,tetapi tidak ramai yang mahu memanfaatkan aktiviti tersebut dengan anggapan membuang masa. Oleh hal ini,pelajar perlu memahami sebab-sebab dan kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti perkhemahan yang banyak dijalankan di sekolah walaupun pelajar yang berfikiran negatif sering menolak daripada ikut serta.


Menerusi aktiviti perkhemahan sebenarnya mendidik kita mengamalkan nilai berdikari. Kita akan mempunyai kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Sebagai contoh,kita akan dididik cara memasak,berkemas,menjaga kebersihan,dan memasang khemah. Perkhemahan yang biasanya dijalankan selama dua hari secara tidak langsung mengajar ilmu hidup yang kalau di rumah dilakukan oleh orang gaji. Proses pembelajaran ini mampu juga membina keyakinan untuk hidup di rantau orang tanpa bergantung kepada orang lain.

Perkhemahan juga merupakan aktiviti yang dianggap berkesan dalam menyemai dan memupuk nilai hidup bersama secara aman. Hal ini dikata demikian kerana melalui aktiviti perkhemahan,kita akan hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya. Melalui aktiviti perkhemahan dalam kalangan masyarakat,akan lahirlah bangsa Malaysia yang mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup dengan mempunyai satu bahasa,satu suara,dan satu matlamat.

Selain itu,aktiviti perkhemahan juga akan mendidik kita menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Menerusi aktiviti perkhemahan,pelajar akan memikul dan melaksanakan tugas seta kewajipan dengan sempurna. Contohnya,pelbagai aktiviti perkhemahan yang disediakan bertujuan untuk kita melaksanakan tugas dengan sempurna serta dapat memanfaatkan masa dengan cara yang betul.

Secara konklusinya,aktiviti perkhemahan merupakan satu kegiatan yang amat berfaedah. Oleh itu,disarankan pihak sekolah lebih kerap mengadakan aktiviti seperti ini,sama ada aktiviti tersebut dijalankan di dalam hutan atau di sekolah sahaja. Selain itu,para pelajar perlu memanfaatkan masa dengan mengikuti aktiviti ini kerana mendatangkan banyak faedah yang dapat diperoleh.



3. Keranamu Malaysia

Terlalu banyak kemajuan yang kita lihat pasca kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bangga dengan kemajuan ini. Kita harus mengamalkan nilai cinta akan negara. Kita patut mempunyai perasaan bangga dan sayang kepada negara serta meletakkan kepentinggan negara melebihi kepentingan diri.

Kita perlu mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara.Kita patut mempunyai kesanggupan dan kerelaan melakukan sesuatu untuk negara.Sebagai contoh, pejuang-pejuang negara berani dan gagah untuk bangun menentang penjajah Jepun dan British demi mempertahankan tanah air daripada terjatuh ke dalam tangan musuh. Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela mengorbankan nyawa dan menyerahkan harta benda sebagai tanda kebaktian untuk negara. Mereka meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta .

Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita harus mengamalkan nilai hidup bersama secara aman. Masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa harus hidup berbaik-baik antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Rakyat Malaysia perlu mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup dengan menangkis sebarang ancaman terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Selain itu, kita perlulah menghormati serta mencurah kesetiaan dan kepatuhan yang berkekalan dan tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara kita. Kita patut mengamalkan nilai taat setia kepada raja dan negara selaras dengan prinsip Rukun negara yang menandakan Raja merupakan tonggak utama negara ini.

Kesimpulannya,Rakyat Malaysia harus sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk negara yang tercinta, apatah lagi pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai.



4. Selamatkan Bumi Kita

Akibat daripada aktiviti pembalakan yang tidak terancang dan terkawal serta penipisan lapisan ozon, yang serius, suhu global telah meningkat secara drastik iaitu kira-kira 0.5 darjah Celcius setahun. Tambahan pula, pembakaran hutan oleh Indonesia secara langsungnya telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius dan menyebabkan tahap API (Air Pollutant Index) mencapai ke tahap yang bahaya. Pengeluaran asap dari kenderaan dan industri-industri di dunia juga mendorong kepada peningkatan kandungan karbon dioksida dalam udara. Bahan-bahan CFC yang dikeluarkan oleh peti sejuk dan pendingin udara juga menipiskan lapisan ozon. Semua kesan negatif alam sekitar ini telah menyebabkan hujan asid dan banyak bencana lain di dunia. Ini menyebabkan kepupusan flora dan fauna di dunia.

Sesungguhnya, kita seharusnya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Kita seharus memelihara dan memulihara alam sekeliling demi pengekalan keseimbangan ekosistem. Selama ini, Jabatan Alam Sekitar telah menjalani berbagai-bagai kempen kesedaran untuk orang ramai di Malaysia supaya rakyat Malaysia sedar kepentingannya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Antara kempen yang dijalankan ialah kempen kitar semula. Banyak tong kitar semula telah disediakan di tempat-tempat yang strategik dan mudah diakseskan, namun usaha ini tidak dihargai dan dikenangkan oleh rakyat Malaysia. Menurut kajian, tong-tong ini telah dijadikan tong sampah biasa ole masyarakat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kepada masa depan kualiti alam sekitar, kita seharusnya memberi sokongan yang penuh kepada kempen ini dan menjayakannya. Lihatlah bagaimana orang di Jerman mengitar semula barang-barang seperti kertas, tin dan plastik dengan berjayannya .

Selain itu, rakyat Malaysia perlu mengamalkan nilai kemapanan alam sekitar. Rakyat Malaysia seharusnya menyedari tanggungajawab mereka terhadap pengekalan keseimbangan ekosistem untuk kesejahteraan hidup. Semua orang bertanggungjawab terhadap pemusnahan alam yang serius pada hari ini. Oleh itu, kita seharusnya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras aktiviti-aktiviti pembalakan haram dan juga pembakaran terbuka yang dilakukan oleh pihak yang ingin kesenangan dan keuntungan semata-matanya. Kita seharusnya melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar. Tambahan pula, pembuangan sisa toksik yang mencemari sungai dan menjejas habitat kehidupan air. Selain membanteras aktivi yang haram, kita juga perlu berusaha memberi sokongan kepada kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan. Dengan ini, barulah kualiti alam sekitar pada masa depan akan terjamin.

Yang terakhir, rakyat Malaysia perlu mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Mereka perlu prihatin terhadap persoalan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. Beberapa tahun yang lalu, tahap API di metorpolis Kuala Lumpur telah mencapai ke tahap yang berbahaya dan menjejaskan kesihatan manusia. Perdana Menteri dengan bijaksananya mengadakan Kempen Berkongsi Kereta pada masa itu untuk mengurangkan pencemaran malah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Kita semua seharusnya memberi sokongan kepada kempen itu. Tambahan pula, kita juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertubuhan sukarela yang berkaitan dengan alam sekitar seperti World Wide Fund, dan Kelab Kebajikan dan Sukan Alam Sekitar untuk melaksanakan tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Tiada sesiapa pun yang boleh dikecualikan dalam tanggungjawab mengekalkan alam sekitar. Projek-projek dan kempen-kempen haruslah diberi sokongan supaya menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik. Tambahan pula, masyarakat di dunia harus mengenakan sekatan terhadap negara yang tidak bertanggungjawab terhadap pengawalan pencemaran negaranya seperti pembakaran hutan terbuka di Indonesia.


5. Perkembagan Diri

Menerusi pembelajaran sukatan pengetahuan Moral tingkatan 4, saya telah menyedari beberapa nilai dan pengajaran yang patut dipraktikkan dalam kehidupan. Nilai-nilai ini membawa impak dan peubahan yang besar kepada kehidupan dan sikap saya yang tidak baik selama ini. Inspirasi dan keputusan ini telah dijana oleh satu kejadian apabila guru Moral saya, cikgu Karthiges telah menegur saya tentang sikap saya yang tidak menghortmati guru dan tidak mematuhi beberapa peraturan saya. Saya berasa teramat malu dan menyesal dan seterusnya membuat keputusan untuk mengubah peribadi saya.

Oleh itu, saya telah berkunjung ke kedai buku untuk buku-buku motivasi dan filosofi yang boleh membantu saya dalam usaha membentuk satu peribadi yang baik dan mulia. Antara buku-buku yang telah menarik perhatian saya ialah “Law of Attraction”. Pengarangnya, Michael J. Losier telah mencadangkan bahawa setiap perlakuan dan sikap manusia adalah ditentukan oleh fikirannya sendiri. Jika fikirannya tidak senonoh, perbuatannya tidak akan baik dan bermoral. Ini telah menyedari kekurangan saya dalam mengamal nilai hemah tinggi. Hal ini berlaku kerana saya tidak beradab sopan dan mempunyai budi pekerti yang mulia semasa saya bergaul dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Oleh itu, saya bertekad mengubah sikap saya yang buruk dan menggantikannya dengan satu personaliti yang hormat kepada sesiapa sahaja untuk menunjukkan peribadi diri yang mulia. Saya akan memberi salam kepada guru apabila bertemu malah berucap dengan bahasa yang lebih sopan.
Seterusnya, saya telah berjumpa dengan buku jemahan yang bertajuk ‘366 Esei untuk Motivasi Diri Untuk Pelajar dan Dewasa’ (366 self-motivating essay for students and adults).
Menerusi buku ini, pengarang buku ini, Sidney Newton Bremer telah memberitahu saya betapa pentingnya seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai kerajinan. Seseorang pelajar perlu menjayakan usaha dengan semangat ketekunan, kegigihan, kecekalan dan berdaya maju secara berterusan semasa melakukan sesuatu perkara. Ini membolehkan kita memperolehi kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum yang kian menjadi kunci untuk mendapat biasiswa pelajaran. Dengan ini, saya telah menetap sekurang-kurangnya dua jam dalam satu hari untuk mengulang kaji pelajaran terutama subjek yang lemah. Usaha ini telah berjaya meningkatkan prestasi saya dalam peperiksaan. Selain itu, komitmen saya yang aktif dalam dunia pengakap telah membolehkan saya memperolehi lencana kemajuan Lima Tertinggi dalam ujian berlencana pengakap.

Tambahan pula, ‘Konseptual Etika Murni’ dalam Ultimate Library Series telah mendedahkan saya dengan nilai toleransi sebagai teras ketenteraman dalam kehidupan. Menurut buku tersebut, kita mestilah mempunyai kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri agar dapat mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kehidupan. Ini secara langsungnya berserasi dengan cabaran-cabaran dalam Wawasan 2020. Cabaran kelima telah menekankan membentuk masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing tanpa berasa tersisih daripada bangsa tersebut. Sebagai seorang rakyat dan waraganegara Malaysia, saya seharusnya sabar dan bertolak ansur antara satu sama lain malah membawa ideologi ini kepada rakan sebaya saya supaya Wawasan 2020 akan tercapai.

Sepanjang tugasan ini, saya telah memperolehi banyak faedah yang saya tidak terfikirkan. Saya telah menyedari kekurangan saya dari aspek pengamalan nilai-nilai tertentu dan cuba sedaya upaya untuk mengubah perangai buruk saya. Usaha saya telah berjaya memperbaikikan hubungan saya dengan guru-guru dan rakan sebaya saya. Oleh itu, saya akan terus berusaha lagi untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam kehidupan saya.



6. Pencemaran

Pada era globalisasi yang maju ini,terdapat pelbagai masalah social yang sering berlaku.Masalah yang paling kronik dan serius di nagara kita ialah pencemaran. Pencemaran yang sering berlaku disebabkab oleh adanya rakyat yang tidak bertanggungjawap dan menyayangi terhadap alam sekeliling yang dianugerahi oleh tuhan.Untuk mengatasi masalah ini,semua masyarakat seharusnya mempunyai kesedaran terhadap masalah ini dan berusaha menyelesaikannya.

Pencemaran yang seringkali berlaku ialah pencemaran udara.Penemaran ini sering berlaku kerana adanya pihak perusaha kilang yang tidak bertanggungjawap dengan mengeluarkan gas-gas toksid tanpa dilapiskan.Selain itu,asap yang dikeluarkan daripada kenderaan juga merupakan salah satu faktor berlakunya.Oleh itu,pihak yang berkaitan dengan hal ini perlulah berfikir secara rasional iaitu meraka perlu berfikir berasakan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasakan pertimbangan yang wajar untuk mengatasi masalah ini.

Selain itu,pencemaran air juga merupakan salah satu pencemaran yang paling membawa masalah kepada kita,alam sekeliling dan negara.Masyarakat kita yang suka membuangkan sampah ke dalam sungai menyebabkan kehiupan haiwan di sungai terjejas dan juga menyebabkan berlaku banjir.Ini berpunca daripada kegiatan masyarakat yang tidak mempunyai prihatin terhadap alam sekeliling.Masyarakat haruslah mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar yang bererti prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan sekeliling dan berusaha untuk menyelesaikannya.

Seterusnya,pencemaran bunyi juga semakin serius di negara kita pada masa kini.Oleh itu,kita perlu mengamalkan nilai kesederhanaan terhadap masalah ini.Kita seharusnya bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.Contohnya, kita tidak sewajarnya membuka radio atau lagu dengan bunyi yang tinggi pada waktu malam serta tidak membunyikan hon dengan segaja ketika memandu.

Kesimpulannya,kita hendaklah menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk mengekalkan keseimbangan alam sekeliling.Selain itu,kita juga harus mengamalkan nilai kemapanan terhadap alam sekitar sebagai tanggungjawap bersama untuk mengekalkan kesejahteraan hidup.Sekiranya,kita dapat mengamalkan nilai-nilai di atas,masalah pencemaran di negara kita tentu dapat diatasi dan negara kita juga akan mencapai wawasan 2020.




7. Pengamalan Nilai Moral dalam Kehidupan Seharian

Perkataan moral bererti kelakuan yang baik dalam pergaulan setiap hari. Setiap individu mestilah mengamalkan nilai moral dalam diri masing-masing demi mendapat kehidupan yang sejahtera dan keharmonian dalam setiap hari. Di samping itu,jika kita mengamalkan nilai moral dalam kehidupan kita akan membuat kita ke arah yang lebih cerah,lebih bahagia dan lebih cemerlang.

Pengamalan nilai moral dalam kehidupan seseorang itu amat penting. Kita seharuslah mengamalkan nilai hemah tinggi dalam kehidupan kita demi mempunyai keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. Orang yang mengamalkan nilai ini akan sentiasa bersopan santun dan mempunyai budi bahasa yang lembut ketika bercakap dengan orang lain.Ini akan membuat kita disukai dan disayangi oleh rakan-rakan kita.

Selain itu,kita juga sewajarnya mengamalkan nilai toleransi dalam diri kita. Nilai ini amat penting kepada kita kerana boleh melahirkan kita sebagai orang yang lebih bertolak anasir,sabar,dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup kita. Contoh mengamalkan nilai toleransi ini ialah apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau cabaran,kita mestilah bersabar dan mengamalkan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah ini.

Seterusnya,kita juga harus mengamalkan nilai kesederhanaan iaitu bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Individu yang mempunyai nilai kesederhanaan akan mengawal diri dalam pertuturan dan perbuatan keterlaluan yang boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri sendiri kita.

Secara konklusinya,banyak kebaikan dan faedah dapat kita memperoleh apabila kita mengamalkan nilai moral dalam siri sendiri kita. Oleh itu,semua masyarakat haruslah mengamalkan nilai moral dalam diri mereka bagi mengelakkan diri terlibat dalam pembuatan yang tidak baik.




8. Perlembagaan Demokrasi Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan perlembagaan demokrasi sejak mendapatkan merdeka daripada penjajah British. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat berhak memilih pemimpin-pemimpin yang mereka disukai melalui pilihan raya sama ada kecil atau besar. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat mempunyai pelbagai hak yang dapat menjamin kehidupan mereka lebih selamat dan harmonis Oleh itu,setiap rakyat Malaysia seharusnya mengetahui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia serta memahaminya.

Dalam prinsip demokrasi,rakyat mempunyai hak kebebasan beragama. Mereka bebas menganuti dan mengamalkan agamanya yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka juga harus memahami dan menghormati agama lain. Contohnya,mereka tidak boleh mengganggu pengaut agama lain semasa majlis bersembahyang dijalankan. Justeru,rakyat Malaysia juga berhak merayakan pelbagai upacara keagamaan bagi setiap agama mereka.

Selain itu,rakyat Malaysia juga mempunyai kebebasan bersuara. Mereka mempunyai kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman. Walaupun mereka mempunyai kebebasan berucap,tetapi ada haknya. Mereka tidak boleh mengatakan bahan yang sensitif kepada orang lain kerana ini boleh membawa kepecahan,kehancuran dan kemusnahan sesama kaum di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Seterusnya,rakyat Malaysia juga haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka perlu menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Dalam perlembagaan demokrasi,rakyat diberi kebebasan sepenuhnya asalkan tidak melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

Secara kesimpulannya,rakyat Malaysia digalakkan penglibatan diri dalam pembangunan negara. Mereka bebas melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan dengan mematuhi undang-undang dan perlembagaan supaya negara kita boleh mencapai wawasan 2020 dan dapat menjadikan Malaysia terkenal di seluruh dunia. Untuk mencapai wawasan 2020,rakyat Malaysia seharusnya hidup bersama dengan antara satu sama lain tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.




9. Kemalangan Jalan Raya

Setiap hari,apabila kita membaca akhbar mesti kita menemui berita yang tentang kemalangan jalan raya terutamanya ketika hari perayaan. Walaupun sudah diingatkan agar para pemandu berhemah ketika memandu dan jangan terlalu bergembira untuk mengelakkan tragedi di jalan raya,kemalangan tetap juga berlaku. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku?Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan diri sendiri dan keluarga masing-masing?

Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Paling utama ialah sikap pengguna jalan raya.Mereka patut mengamalkan nilai hemah tinggi. Mereka patut beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam semasa di jalan raya. Tanpa ada urusan penting,mereka gemar memandu laju dengan alasan kereta yang dinaiki cukup canggih untuk menderum di jalan raya dengan cara tidak memandu dengan berhati-hati dan lampu isyarat tidak dipatuhi. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka boleh menyusahkan penggunajalan raya yang lain.

Selain itu,sikap pengguna patut mngamalkan nilai toleransi . Mereka patut bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. Apabila mereka menghadapi kesesakan di jalan raya,mereka patut sabar dan mengawal perasaan diri daripada memotong kenderaan di hadapan dengan sesuka hati.

Di samping itu,anak muda pula menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan haram. Disebabkan ingin menang,mereka akan memandu selaju mungkin dengan melupakan keadaan motosikal mereka dan kenderaan orang lain serta lupa akan keluarga dan nyawa diri. Mereka seharusnya mengamalkan nilai rasional. Mereka sewajarnya berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Kesimpulannya,kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera,jalan raya bukan lagi laluan yang selamat. Pengguna jalan raya perlu ditanamkan akan perasaan sayang diri,sayang keluarga dan sayangi orang lain agar menjadikan diri sentiasa berhemah ketika memandu.




10. Semangat Kejiranan


Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang hidup
berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang
mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama
mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan
negara baik ketika senang mahupun susah.

Salah satu kepentingan semangat kejiranan ialah kita dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa
perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Hari Gawai dan Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit.Ini dapat menujukan kita mengamalkan nilai Hidup bersama secara aman iaitu hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa,agama,dan budaya.

Selain itu,semangat kejiranan juga dapat merapatkan jurang dalam komuniti.Pada masa kini,ramai masyarakat yang sibuk bekerja demi mengejat kehendak dan keselesaan hidup yang semakin terdesak dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang terluang untuk meenziarahi sahabat jirannya.Masyarakat seharusnya mengamalkan nilai saling membantu dan berkerjasama selaras dengan masalah ini.Mereka seharusnya mempunyai usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti atau negara untuk mencapai sesuatau matlamat.

Di samping itu,semangat kejiranan dapat mewujudkan intergrasi nasional.Hal ini demikian kerana negara kita terdiri daripada pelbagai komposisi kaum dan etnik.Semangat kejiraan amat penting untuk mencapai wawasan negara dan kedamaian sesama masyarakat.Oleh itu,nilai toleransi amat perlu kita diamalkan.Masyarakat Malaysia seharusnya sanggup bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Secara tuntasnya,budaya kejiranan teras kejayaan wawasan negata.lantaran itu,setiap rakyat malaysia harus bertanggungjawap untuk memupuk semangat kejiranan ini kerana ada ungkapan yang menyatakan bahawa apabila datang kesusahan dan keupayaan,di situlah nyatakan kawan dan lawan.




11. Patriotisme

Tahun ini, Malaysia akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-50, iaitu setengah abab. Tahun ini, terdapat berbagai-bagia jenis projek dan aktiviti untuk meraikan kedaulatan yang diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin negara 50 tahun yang lalu. Antaranya, Kayuhan Sempena 50 Tahun Merdeka dari Yan ke Dataran Merdeka telah dilangsungkan selama enam hari untuk memeriahkan sambutan merdeka pada tahun ini. Kempen Kunjungi Malaysia 2007 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sambutan ini bukanlah hanya satu sambutan bagai hari perayaan sahaja. Sebenarnya, pada hari yang istimewa ini, kita harus mengenang jasa-jasa pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman yang telah bersusuah-payah memperolehi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa sendiri, kita sebagai rakyat Malaysia yang setia yang lahir di tanah air kita seharusnya mengamalkan nilai cinta kepada negara. Kita perlu berasa bangga dan sayang terhadap nama negara kita iaitu Malaysia dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri. Maruah negara kita harus dipertahankan daripada kritik dan pandangan negatif oleh masyarakat dunia (terutama Barat) yang berfikiran steriotipikal menganggap negara di Asia mundur dan berkelas rendah. Tambahan pula, tokoh-tokoh sukan seperti Nicol Ann David (Juara dalam Squasy 2007) dan Lee Chong Wei (bertempat kedua dalam kedudukan pemain badminton sedunia 2007) telah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam pentas sukan antarabangsa. Mereka tidak mementingkan nama sendiri malah sentiasa mengheboh-hebohkan nama Malaysia kerana mereka mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap tanah air mereka.

Yang kedua, kita perlu mengamalkan nilai sanggup berkorban untuk negara. Kita perlu rela melakukan dan meyerahkan apa-apa sahaja termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara. Dalam sejarah, Tok Janggut di Kelantan telah memperjuangkan keadilan untuk bangsanya dan akhirnya telah dihukum mati dan dianggap sebagai pengkhianat serta pemberontak (kerajaanBritish) oleh British. Rentap pada masa yang sama telah berjuang untuk bangsa Ibannya sendiri. Ini menunjukkan kerelaan mereka untuk berkorban demi mempertahankan maruah bangsa negara sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup pada zaman moden hari ini, kita seharusnya mementingkan pembangunan negara sendiri melebihi tawaran gaji tinggi yang diberi oleh syarikat-syarikat luar negera. Tambahan pula, projek-projek kerajaan haruslah disokong oleh semua rakyat supaya projek itu berjaya menjanakan keuntungan dan pembangunan ekonomi serta fizikal di Malaysia.

Yang ketiga, nilai taat setia kepada raja dan negara haruslah diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Semua rakyat mesti mempunyai kesetiaan dan kepatuhan kepda raja dan negara untuk menjaga keamanan dan kestabilan politik. Ini merupakan cara untuk mempertahankan maruah bangsa seperti yang termaktub pada baris Perlembagaan Malaysia yang pertama Taat kepada Tuhan , Raja dan Negara.Undang-undang dan peraturan-peraturan haruslah dipatuhi untuk menunjukkan kita memberi kehormatan terhadap sistem pentadbiran negara. Tambahan pula, jasa-jasa tokoh kemerdekaan pada masa penjajahan haruslah dikenang dan perjuangan mereka haruslah dijadikan pedoman dan ingatan dalam kehidupan supaya kita tidak dijajah oleh kuasa asing pada masa depan.

Kesimpulannya, nilai patriotisme perlulah diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan mengamalkan ketiga-tiga nilai ini, barulah kedaulatan negara akan dipertahankan malah negara Malaysia akan dipandang tinggi oleh masyarakat tempatan. Dengan ini, Wawasan 2020 yang menjadikan impian nasional boleh capai dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju pada masa yang akan datang. Pada hari yang istimewa ini, marilah kita sama-sama menyambut dan berkongsi kegembiraan yang telah diperolehi selama 50 tahun.